iNFo TeRKiNi

30.01.2015 - Mesyuarat bulanan AJK InoMa
08.02.2015 - Panel Seminar KUIM
19.03.2015 - Penjurian Panel Pertandingan Inovasi KK Rembau
02.04.2015 - Penjurian Pertandingan Inovasi Politeknik Merlimau
05.04.2015 - Siri Lawatan Inovasi Produk UViLex, Mambau, Negeri Sembilan

Thursday, 28 April 2016

Pencarian Inovasi Akar Umbi MaGRIs


Mainstreaming Grassroots Innovations (MaGRIs) merupakan sebuah projek untuk mempertingkatkan usaha pembangunan dan pengkomersialan inovasi akar umbi yang berpotensi, melalui kolaborasi pelbagai pihak seperti kerajaan, industri, masyarakat akar umbi dan golongan muda termasuk menyediakan peluang pembinaan kapasiti kepada pihak-pihak yang terlibat.
MaGRIs sedang mencari inovator akar umbi yang memiliki semangat yang tinggi untuk terus berinovasi dan berhasrat untuk bekerjasama ...dengan peneraju industri serta para cendekiawan untuk membangun dan memasarkan inovasi mereka.
 
 
Melalui penyertaan di dalam MaGRIs, anda akan berpeluang untuk mempertingkatkan tahap pengetahuan, keupayaan, jalinan kerjasama dan kemahiran berinovasi yang menyumbang ke arah penjanaan kekayaan melalui inovasi.
Bagi inovasi yang terpilih, MaGRIs akan memberikan sokongan serta sumber untuk mempertingkatkan inovasi anda sehingga mencapai tahap pra-pengkomersialan.
Inovasi yang memiliki nilai pasaran yang tinggi akan menerima geran pengkomersialan bernilai RM30,000.
Selain berpeluang untuk memenangi geran pengkomersialan sebanyak RM30,000, 50 penyertaan pertama berpeluang menyertai cabutan bertuah dan memenangi 3 unit telefon bimbit XIAOMI Redmi Note 3.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
http://www.yim.my/index.cfm?&menuid=132&parentid=92
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...