iNFo TeRKiNi

30.01.2015 - Mesyuarat bulanan AJK InoMa
08.02.2015 - Panel Seminar KUIM
19.03.2015 - Penjurian Panel Pertandingan Inovasi KK Rembau
02.04.2015 - Penjurian Pertandingan Inovasi Politeknik Merlimau
05.04.2015 - Siri Lawatan Inovasi Produk UViLex, Mambau, Negeri Sembilan

Sunday 4 March 2012

Program Gerak Inovasi

"Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta... 
Begitu juga dengan inovasi, andai tak dipupuk dari peringkat muda, 
pasti sukar untuk membudayakan dan memberi kefahaman setelah 
usia meningkat dewasa..." 


Justeru itu, pada 3 Mac 2012, InoMa dengan kerjasama R&DCIC dan Sek. Men. Keb. Hang Kasturi, telah mengambil inisiatif menganjurkan Program Gerak Inovasi yang julung kali diadakan di SMKHK. Objektifnya untuk mempertingkatkan pengetahuan golongan pelajar luar bandar dalam memahami budaya inovasi dalam kehidupan seharian.



"Syabas InoMa" oleh barisan AJK InoMa.


Program dimulakan dengan satu sesi ceramah bertajuk "Inovasi dalam Kehidupan" yang disampaikan oleh Datuk Dr. Abu Bakar (CEO R&DCIC dan Pengerusi InoMa). Selain itu, aktiviti melukis dan mewarna bertemakan "Inovasi Kenderaan Masa Depan" juga dipertandingkan dan diadili oleh dua juri jemputan InoMa iaitu En. Shafizal dan En. Syahibudil dari FKM, UTeM. Aktiviti pameran juga berlangsung antaranya pameran Intelligence Programmable LEGO Car oleh Dr. Azman (FKM, UTeM) dan pameran model Kereta Solar dan Kereta Amfibia oleh pelajar pelajar Jabatan Struktur Bahan, FKM, UTeM.


Datuk Dr Abu Bakar sedang menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 SMKHK.

Demo scketching oleh En Syahibudil disaksikan oleh En Shafizal

Demo "Intelligence Programmable LEGO Car" oleh Dr. Azman

Barisan AJK InoMa dan para jemputan bergambar bersama Datuk Abu Bakar.


[Klik untuk Koleksi Foto]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...