iNFo TeRKiNi

30.01.2015 - Mesyuarat bulanan AJK InoMa
08.02.2015 - Panel Seminar KUIM
19.03.2015 - Penjurian Panel Pertandingan Inovasi KK Rembau
02.04.2015 - Penjurian Pertandingan Inovasi Politeknik Merlimau
05.04.2015 - Siri Lawatan Inovasi Produk UViLex, Mambau, Negeri Sembilan

Monday 30 April 2012

Minggu Inovasi Sains & Matematik di SMK Seri Tanjung, Melaka - 25 April 2012

Alhamdulillah, selesai satu lagi program pameran InoMa yang dijalankan di Dewan SMK Seri Tanjung, Tanjung Kling, Melaka pada 25 April yang lepas. Jutaan Terima Kasih InoMa ucapkan kepada barisan penganjur yang sudi menjemput InoMa untuk turut serta. Jutaan Terima Kasih juga kepada barisan pempamer (Politeknik Merlimau, FKM UTeM) yang memberikan sumbangan idea dan tenaga dalam menjayakan pameran ini. Terima kasih semua...  


[KLIK UNTUK KOLEKSI GAMBAR: PART 1, PART 2]

Monday 16 April 2012

Program Merakyatkan Inovasi Pelajar-Pelajar Luar Bandar Parlimen Masjid Tanah



Persatuan Ibu Tunggal Seri Mastana dengan kerjasama InoMa telah menganjurkan Program Merakyatkan Inovasi Pelajar-Pelajar Luar Bandar Parlimen Masjid Tanah pada 14hb April 2012, bermula jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang bertempat di Bangunan Pusat Gunasama PITSM, Kg Seri Tanjung, Masjid Tanah, Melaka. Antara aktivitinya ialah Program Bijak Sifir, Ceramah Inovasi, Pameran Produk Inovasi (UTeM & Politeknik Merlimau) dan demo pertunjukan melukis kereta inovasi masa depan.






Sunday 8 April 2012

Design Sijil InoMa

Design Sijil InoMa: Dalam meeting Inoma baru-baru nie, semua AJK dah pun sepakat untuk keluarkan sijil pada semua ahli-ahli berdaftar InoMa. Jadi, nak jadi ceri...

Cadangan design sijil InoMa

Thursday 5 April 2012

Earth Hour Through Engineering

31 Mac 2012 lepas, Pihak InoMa telah dijemput oleh Persatuan Pelajar FKM (FaMESA UTeM) untuk sama-sama terlibat dalam satu program Earth Hour Through Engineering di Kampus Industri UTeM. Booth pameran InoMa mendapat kunjungan ramai dan ruang dan peluang ini digunakan sepenuhnya untuk tujuan promosi dan sesi pendaftaran ahli InoMa. Selain itu, pada malamnya, satu forum juga diadakan oleh pihak FaMESA dan Pengerusi InoMa iaitu Datuk Abu Bakar telah dijemput sebagai salah seorang panel. 





Kenderaan Elektrik 'Harimau Biru' Untuk Polis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...