iNFo TeRKiNi

30.01.2015 - Mesyuarat bulanan AJK InoMa
08.02.2015 - Panel Seminar KUIM
19.03.2015 - Penjurian Panel Pertandingan Inovasi KK Rembau
02.04.2015 - Penjurian Pertandingan Inovasi Politeknik Merlimau
05.04.2015 - Siri Lawatan Inovasi Produk UViLex, Mambau, Negeri Sembilan

Wednesday 27 February 2013

Sinar Harian - 26.2.2013



Mini Steam Car Race organized by FKM UTeM & InoMa

Program pada 26 Feb 2013 ini dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UTeM dengan kerjasama Persatuan Gerak Inovasi Malaysia (InoMa) bertempat di Kampus Industri, UTeM. Lima buah kereta mini berasaskan enjin wap telah berjaya dihasilkan oleh pelajar-pelajar tahun satu Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Projek ini merupakan sebahagian daripada tugasan subjek Kimia DMCU 1233 yang dibimbing oleh pensyarah FKM iaitu Dr. Nona Merry, En. Mohd Haizal dan En Imran Syakir Mohamad. Juri-juri terdiri daripada Dr. Muhammad Zahir (Jabatan Automotif, UTeM) dan En. Mohd Nazim (Jabatan Rekabentuk dan Inovasi, UTeM). Pemarkahan dibahagikan kepada tiga kategori: (1) Poster, 5%, (2) Rekabentuk Produk, 5% dan (3) Perlumbaan, 5%. Best Poster Award di menangi oleh Kumpulan 3 manakala Best Product Design Award pula dimenangi oleh Kumpulan 2. Sesi penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Presiden Persatuan Gerak Inovasi Malaysia, Dr Muhammad Zahir Hassan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...