iNFo TeRKiNi

30.01.2015 - Mesyuarat bulanan AJK InoMa
08.02.2015 - Panel Seminar KUIM
19.03.2015 - Penjurian Panel Pertandingan Inovasi KK Rembau
02.04.2015 - Penjurian Pertandingan Inovasi Politeknik Merlimau
05.04.2015 - Siri Lawatan Inovasi Produk UViLex, Mambau, Negeri Sembilan

Thursday, 20 June 2013

Sunday, 16 June 2013

Melaka Hari Ini: Kerajaan Terus Bantu Usahawan Baru



[KLIK] untuk berita penuh


Siri Lawatan Inovasi Melaka: Storm Bullet System

Tarikh: 15 Jun 2013
Inovasi: Storm Bullet System
Lokasi: IKS Duyong, Melaka
 
 
 
 


Ciri - Ciri Storm Bullet System

Storm Bullet System adalah satu alat ciptaan hasil daripada ilmu dan lapan tahun pengalaman di dalam bidang automotif. Alat ini telah digunapakai kepada pelbagai jenis enjin kenderaan lebih dari dua tahun dan ianya didapati tidak menimbulkan kesan tidak baik ke atas enjin kenderaan tersebut. Pelbagai kajian dan pembangunan telah dilakukan sebelum alat ini diperkenalkan kepada umum.


Fungsi dan Operasi 

Fungsi utama alat ini tertumpu kepada pemilik kenderaan kerana ia dapat menjimatkan penggunaan minyak petrol, meningkatkan prestasi enjin dan menambahkan daya cengkaman brek kenderaan. Alat ini bertindak seperti menyedut serta mengumpul angin semulajadi. Kemudian diproses mengikut tahap kepanasan enjin bagi menghasilkan satu tekanan udara mampat, pantas serta tajam bagi membantu menolak omboh enjin turun dan naik menghasilkan pergerakan kenderaan menjadi lebih lancar, prestasi enjin lebih baik, tahap kelajuan dan cengkaman brek kaki juga bertambah baik.Selain itu alat ini tidak akan mengubah mana – mana system asal pada enjin kenderaan terutamanya Unit Kawalan Elektronik “ECU”.


Prestasi enjin

Alat ini sangat efektif dan berkesan dimana apabila kelajuan kenderaan memecut, banyak kuasa kuda dihasilkan dan mengerakkan kompenan-kompenan pada enjin kenderaan menyebabkan kenderan bergerak dengan pantas dan cepat pada jarak dekat. Secara umumnya enjin kenderaan sedia ada hanya dibekalkan udara ke ruang pembakaran dengan kuantiti yang sedikit dan kurang mampat, ini menyebabkan penggunaan minyak petrol masuk ke ruang pembakaran enjin lebih banyak terutamanya semasa kenderaan sedang tinggi tahap kelajuan. Lantaran itu, inovasi telah tercipta dengan adanya Storm Bullet System seperti penyaluran udara perlu ditambah supaya udara yang diperlukan mencukupi serta mampat dan berupaya menggerakkan omboh turun naik. Storm Bullet System ini juga membantu pemandu kenderaan dalam keadaan selesa dimana pemandu akan hanya menekan pedal minyak pada paras minima sedangkan kelajuan kenderaannya sedang tinggi dan menambahkan daya cengkaman brek kaki.



Keratan Akhbar/Online




  


Tuesday, 11 June 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...